![]() |
| Hanyalah gambar hiasan.. teman rapat kami berkata.. kalau ingin melihat beliau blh lar tgk gmbr ni.. |
Setiap detik.. Setiap masa yang berlalu diri ini sering terkenangkan dikau.. Kenapa??? Setiap kali diri ini mendengar sebuah lagu pasti teringat akan dirimu.. Kenapa?? Adakah ini dikatakan rindu?? Adakah ini dikatakan cinta sejati?? Diri ini tiada jawapan bagi soalan itu.. Setiap nadi yang berdenyut, setiap itu jugalah diri ini sering teringatkan dirimu yang telah berada jauh dari diri ini.. Kenapa ini semua perlu berlaku pada kita?? Kenapa kita tidak berkesempatan untuk hidup bahagia?? Kenapa ini semua harus terjadi pada kita?? Saat kita mengecapi sesuatu kebahagian.. Kenapa ia diragut begitu pantas?? Tanpa kita mengecapinya???
Sudah 2 tahun berlalu... Tetapi diri ini sukar untuk melupakan dirimu. Cinta yang telah dikau berikan sukar untuk dilupakan.. Saat dirimu mula mennjukkan sesuatu yang sukar diri ini menidakkan membuatkan diri ini mula menyayangi dirimu tanpa diri ini mengetahui perkara yang sebenar.. Dari kita bermain dengan bahasa atau ayat - ayat couple tiba - tiba ia merubah menjadi sesuatu yang aneh di dalam diri ini.. Disaat itu juga, diri ini mula menyayangi dirimu.. Disaat diri ini ingin meluahkan sesuatu kepada dirimu. diri ini telah mendapat tahu tentang sesuatu rahsia yang dirimu sembunyikan.. Disaat itu, diri ini terasa sakit sangat.. Kenapa haris begini.. Kenapa harus ia berlaku.. Tetapi diri ini faham..
mungkin ada sebab kenapa dikau sembunyikan.. Tetapi selain itu, diri ini juga mendapat tahu tentang keadaan dirimu yang membuat diri ini amat sedih sekali.. Saat itu, terasa seolah - olah tiada sesiapa disisi diri ini.. Diri ini banyak berdoa pada yang Maha Esa agar dirimu disana diberikan kesihatan yang baik.. saat itu, diri ini memberanikan diri meluahkan apa yang terpendam di dalam hati ini.. Pada saat itu juga, dikau meminta diri ini fikir dengan betul. kerana ini berkaitan dengan hidup dan mati.. tapi diri ini amat menyayangi dikau bukan kerana harta benda.. tetapi keikhlasan dirimu dan kasih sayang yang diberikan oleh dikau padaku.. Pada 8 April 2008 kita telah mencapai satu kata sepakat.. dirimu sudi menerima diriku ini dengan baik walaupun kita berdua tahu apa yang terjadi.. diri ini amat bersyukur sangat - sangat keran dipertemukan seorang lelaki yang sangat baik..
pada masa itu juga, dikau banyak berkongsi macam - macam perkara.. saat itu jugalah saat yang paling bahagia buat kita.. masa itu, setelah dirimu selamat dari operation yang telah dijalankan terhadap dirimu.. dan selepas operation itu, dikau koma selama 1 bulan.. saat itu, tidak lekang diri ini mendoakan agar dirimu cepat sedar.. agar kita dapat bersama di masa akan datang.. selepas dirimu sedar kita saling menyayangi dan pada 1 Mei 2008 diri ini mengajak dikau untuk berjumpa.. kerana kebetulan dikau berada di Kuala Lumpur setelah dikau pulang dari Amsterdem atas urusan kerja.. Diri ini, ajak berjumpa pada 1 Mei 2008.. tetapi dikau tidak muncul - muncul sehinggalah diri ini pulang ke rumah dengan perasaan kecewa.. Pada jumaat 2 Mei 2008, diri ini telah mendapat berita dari seseorang yang rapat dengan dikau..menyatakan dikau berada di hospital..
ini kerana, dirimu kemalangan di jalanraya.. Dari Penang ke Kuala Lumpur.. diri ini tidak tahu menahu tentang dikau pulang ke kampung pada hari sebelumnya..diri ini dapat tahu dari teman rapatmu bahawa dikau pulang ke kampung dan turun ke Kuala Lumpur pada pagi tersebut.. dikau memberitahu dikau ingin bertemu dengan seseorang.. diri ini ingat dirimu ingin berjumpa dengan rakan niaga.. tetapi silap.. teman rapatmu menyatakan bahawa dirimu, ingin berjumpa dengan diriku.. Saat itu, diri ini sangat sedih.. kerana tidak dapat bertemu denganmu. malah dikau telah mengalami kecelakaan.. saat itu, teman rapatmu menyatakan bahawa dikau koma.. dan ini adalah koma yang kali kedua. saat itu, teman rapatmu berkata beliau tidak sanggup kehilangan dirimu lagi.. ini telah membuatkan diri ini rasa bersalah sangat - sangat pada dikau.. kerana diriku, dikau mengalami semua ini.. Pada 9 Mei 2008, bersamaan hari jumaat.. ditiku ini telah mendapat berita dari teman baikmu bahawa dirimu telah pergi buat selama - lamanya.. saat itu, segala kenangan kita bersama berlegar - legar di dalam minda ini...
diri ini tidak dapat menahan segala kesedihan yang melanda.. diri ini tiada semangat lagi.. ini kerana, semangat diri ini telah dibawa pergi oleh dikau yang amat diri ini sayangi.. tidak ada apa lagi yang diri ini ada selain kenangan yang dikau coretkan.. diri ini masih ingat lagi kata - kata dikau.. tetapi biarlah diri ini sahaja yang simpan.. kerana ia amat berharga dan bermakna buat diri ini. andai diri mu ada disaat ini, pasti kita bahagia dan mungkin dirimu dapat menunaikan janji mu pada diri ini...
Abang.. orang dah tamatkan pelajaran orang.. ini semua kerana doa abang serta kekuatan yang abang berikan.. terima kasih abang atas segala yang abng berikan.. kenangan abang tidak orang lupakan.. sampai saat ini orang tetap merasakan abang sentiasa disisi orang.. sampai saat ini juga orang tidak merasakan abang telah pergi.. orang merasakan abang masih ada lagi disini.. tetapi walaubagaimanapun, orang tetap sayangkan abang.. dikau sentiasa ku kenang..
Diri ini masih menyayangi dirimu Azrul Affendy...
Al- Fatihah...
Azrul Affendy...
Dalam Kenangan 17.2.1988 - 9.5.2008...



No comments:
Post a Comment