kelopak bunga

Tuesday 15 January 2013

Hospital.???

Assalammualaikum semua..

hye.. hurm korang tengok post tuh kan.. Hospital.. Yup.. Ayah saya masuk hospital baru2 nie. erm selepas sehari kiter menyambut tahun baru 2013. hurmm :'( pada mulanya ayah saya pening2 jer dengan sakit perut. then die call mak saya yang kebetulan kami berdua baru sahaja sampai pejabat mak saya. erm mak saya pon terus ke pejabat ayah saya dengan saya sekali. hurm kami berdua pergi ambik ayah saya dan tukar kereta. saya terus ke tempat keja saya dan mak saya terus bawak ayah saya ke klinik. erm then mak saya terus balik ke rumah. mak saya bagitau ayah saya muntah2 teruk dan tak boleh nak buat pe2.. seolah2 macam orang yang tak mampu untuk ke toilet dengan pantas. erm risau sangat saya.

then keesokkan yer mak saya bawak ayah terus ke Hospital Pantai Kuala Lumpur. erm terus ke ward emergency. n doktor kata kalau lambat mungkin dia akan terus kena dialisis. Oooohhh.. saya tau seksa yer dialisis ini, sebab arwah opah saya dulu juga dialisis.. then doktor check cirit birit n muntah. bila semua dah habis dalam badan kite sudah kekurangan air. jadi buah pinggang hampir rosak.. alhamdulillah mak saya juga bertindak dengan pantas untuk membawa ke hospital. 

then ayah saya terpaksa ditahan untuk diberi perhatian lebih tentang buah pinggang beliau. then terpaksa masukkan air ke dalam badan untuk memproses balik buah pinggang. alhamdulillah semua okay. tinggal la saya seorang diri di rumah sehari.. waaaaa.. takut jugak la kn. haha. erm tapi harus ku beranikan diri jugakk.. hehehhee.. sehari je pon..hahaha. hari jumaat lak saya terus gerak ke hospital. hehe. tido sana pulakk. haha. dah macam hotel lak tengok hospital nie. hahha. erm satu family ada kt situ. hahaha

hurm alhamdulillah hari ahad tuh pula ayah saya dibenarkan pulang. huhuh.. tapi harus diberikan perhatian terhadap kesihatan beliau. mudah2an ayah cepat sembuh. amin. terima kasih pada yang melawat ayah saya. pada pakcik makcik abg2 sedara kakak2 sedara dan cousin saya yang datang.. terima kasih banyak2. tak lupa juga pada kawan2 yang ucapkan selamat di FB terima kasih saya ucapkan bagi pihak ayah saya. mudah2an setiap perkara yang berlaku akan dapat balasan yang baik dariNya. hanya Dia yang dapat memberikan kite kesihatan yang baik. amin..

okay la korang..nanti kite citer lain plak erk.. haha.erm banyak nie. hahaha..erm bio kan banyak skit dalam blog nie. orang nak marah pon bio la. haha.. erm ni blog syaa.. hehehe..okay korang.. jaga kesihatan dan jagala pemakanan anda. amin..

wassalam..
luv n hug.

No comments: